Friday, September 14, 2012

Do love nature :)

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum korang! Wewitt wewitt, pa habaq semua? Ceq kat sini sehat sejahtera ja. Cewahh, tetiba pulak kan cakap Utara HAHA. Bak kata Megat lah, sejak aku balik dari Ipoh, memang macam nie ke perangai aku maksudnya tak berapa nak betul HIKHIK. Kuang ajaqqq punya Megat. Ehh, balik dari Ipoh? Bila? Haaa, tu lahh. Lupa nak habaq kat hampa, ceq balik Ipoh cuti hujung minggu lepas. Konon-konon nya balik Ipoh nak cari tempat untuk praktikal lah kan, tapi sebenarnya tak sangat pun. Saja buat alasan tu padahal nak bawak lari Una Nabilah tu kejap. Bagi dia tenang sikit HUHU. Bagi tenang? Haa, pulak dah. Pasai pa dengan Una Nabilah? Hampa tok sah nak tau lah. Biaq pi masalah tu kami ja tau EKEKE.

Alang-alang dah bukak cerita pasal Ipoh, meh lah aku story sikit pasal momento sepanjang aku balik Ipoh HIHI. Walaupun balik tiga hari tiga malam je, tapi satu kepuasan jugak lah sebenarnya. Dapat pergi waterfall, kenduri kahwin, ronda-ronda, merempit OPSSS! Merempit dalam hujan time nak pergi kenduri je lah HAHA. Ayokkk, korang pikir lain eh? Tak mao tak mao *sambil geleng-gelengkan kepala and gerakkan ke kiri ke kanan jari telunjuk belah kanan*

Hampa nak tau dok, ceq bawak Una Nabilah pi waterfall semata-mata nak bergambaq ja HAHA. Nak mandi tak boleh sebab bahaya. Tak ramai orang situ, lagipun kawasan orang asli kan, segan pulak kalau berdua ja HUHU. Nahh lahh hampa tengok sendiri gambaq-gambaq kami ya. Ceq pun dah tak tau nak story apa lagi.


Breakfast dulu sebelum gerak ke waterfall :)
Nak sangat posing atas batu tuu xD
Dalam hati Una tu membuak-buak nak mandi HAHA
Tengok lah tu, ralit main air HEHE 
Termenung pulak dia. Dia kata tenang je duduk kat situ. 
Motif? Nak kata panas, tak pun. Haihhh, macam macam hal. 
The most I like ^^, 
Sweetie one!  
Una nie comel macam budak sekolah! HAHA




Una ajak pergi seberang sana, tapi aku malas. =='
Nak balik dahhh time nie HUHU
Singgah belakang blok kejap :)
Terima Kasih SAHABAT ♥ For the precious moment :) 

Terima Kasih SAHABAT 


hey kamu comel, tekan lah like button ^_^ komen sekali ya !

Saturday, September 1, 2012

Three in One


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum.. Haihh nampaknya bersawang lahh belog aku nie sebab jarang jarang jarang sangat update belog sekarang nie. Dah macam dua bulan sekali pulak HAHA. Last aku update masa bulan Julai and now dah masuk bulan September. See, its so long I didn't update my unprivate diary nie tahu tambah-tambah aku private kan sebulan hari tu HIHI. Macam-macam dah jadi selama sebulan lebih tak update belog nie. Yang pasti aku nak bagitahu yang aku dah takda Mr. E lagi HUHU. Okey okey okey, tak penting untuk korang tahu atau tanya pasal apa aku putus okey. Just let it be :D 

Hari ni aku free so aku ada masa untuk update belog HIHI. Maklum lah hujung minggu tanpa assingment plus pulak ada kat rumah makcik aku kat Kuantan, lagi lah aku banyak masa MUEHEHE :) Sebenarnya aku tak tahu nak update apa, aku just nak share gambar-gambar and kenangan-kenangan aku sepanjang bulan Ogos malah bulan yang paling best iaitu BIRTHDAY aku yang jatuh pada 27 Ogos HAHA. Memandangkan bulan tu aku tak sentuh belog langsung kan and masih tak terlambat untuk aku ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua umat Islam juga SALAM MERDEKA buat seluruh rakyat Malaysia :)

Selamat Hari Raya ^_^

Hari raya pertama - Semerah Batu Pahat Johor
- My Family in red of colour :)
Hari raya pertama - whole family yang beraya di kampung
This is my beloved cousin from Johore :)
She is Eza, 9teen years old.
Yang peluk aku tu kawan baik aku, Shaa.
Dia datang masa open house aku. 
Hari raya keenam kalau tak silap. Time nie aku ada
wat makan-makan sikit untuk member-member.
kiri : nasuha - aku - zatie
Antara kawan-kawan sekolah yang datang :)
kiri : Ejat, aku, shaa, ocha, shira, narissa, mira, soyad
Habuan untuk kawan-2 yg datang rumah aku :)
Tak lengkap lah raya kalau takda duit raya kann.
Walaupun dah besar kan, tetap dapat duit raya.
Orang kata, lagi besar usia, lagi besar jugak nilai duit :D
Me , Narissa , Mama.
Narissa - classmate aku masa form4 sampai form6 rendah.
Even dia bukan berbangsa melayu tapi dia datang beraya jugak.


Happy Birthday :)

Terharu bila dapat hadiah nie daripada Wanie and Ayien.
Masa dapat tu terus kelu lidah sebab tengok gambar tu.
Gambar masa semester satu time suprise party Megat :)
Thank you so much both of you yg hadiahkan.
♥ Much Love,
Bhai ♥ 
The another gift from Mama Una :) Thank you Una !
I keep that 'B' in my purse so that it always be my side :)
 Much love, your daughter,
Bhai 

Sempena birthday aku hari tu, aku pulak yang kena wat show tau.
HUHUHU. Show dikir barat dekat pejabat RELA.

Tapi okey jugak lah kan. Hadiah aku untuk orang-orang
kampung yang datang ke jamuan raya RELA tu. :)

Jadi lah dapat makan free sehari suntuk masa birthday
aku 27 Ogos hari tuh ^^'

Tu dia, sengih aku yang sangat ikhlas + penat =,='


Salam Merdeka and Happy Holiday ^^,

Memandangkan aku duduk Terengganu, so cuti am Hari Merdeka tak dapat aku rasai sebab cuti am jatuh pada hari Jumaat. Huwaaaaa. Terengganu agak pelik bila tidak memforwardkan cuti ke hari Ahad. Ouchhh! T_T Tapi aku peduli apa kan, aku dah nekad nak skip kelas hari Ahad sebab nak balik Kuantan HUHU. Tapi aku tak balik sorang-sorang. Aku ajak Una and Mira sekali. Haaa, baik kan aku. Tapi dorang balik Dungun hari Sabtu. Aku je balik hari Ahad dengan Hidayah HIKHIK! korang pelik tak kenapa aku nak balik Kuantan and kat mana aku nak tidur?! Alaaa, aku kan ramai saudara mara HUHU. Macam biasa lah, aku tidur rumah Mak Na aku kat Kem Polis Kuantan tuu. Masa malam merdeka tu kitaorang tak sambut pun sebab masing-masing letih, so sampai je kat rumah Mak Na pukul 10 lebih tu, terus rehat and siap-siap nak tidur HAHA. Bila dah sampai Kuantan, tak sah kalau tak pergi tengok wayang. So, 31 OGOS bersamaan dengan hari Jumaat, aku pun hang out lah dengan una, mira and dayah. Erkkk, tengok je lah gambar-gambar nie ya!

Tiket kitaorang dah macam tiket flight je, hikhik
Mira keseorangan dalam bas masa on the way ke Kuantan.
Dan kami memang akan duduk berdua. Jangan marah mira :)
31 0gos 2012 - Dah siap nak ke East Coast Mall :)
Tadaaaa, tiba-tiba ada dayah. Wonder tak? Hahaha.
Dayah memang duduk Kuantan, so dia balik rumah and
kitaorang janji lah nak hang out sama xD
Sebenarnya banyak gambar dorang bertiga nie haa,
tapi ada dalam Instagram ^^
Tak sah kalau pergi mall tapi tak tengok wayang.
So, jeng jeng jeng! Taraaaa, movie pilihan mira.
Suppose in 3D tapi lewat sangat tayangan nya, so ambik
yang 2D je xD
Done shopping WALAUPUN takda duit =,='
Nampak kan yang HIJAU HIJAU belakang tuu,
hikhik, 70% tu wehh ^^,
MAMARAZZI by Shaari's daughter! HAHA
Nak balik dah time nie :)
Singgah Telok Cempedak sebelum pulang ke rumah ^^
Una memang suka interframe pun =='
Sedang pilih manik nama tiba-tiba ada lensa, senyum dulu :)
Inilah hasilnya ^_^
Semua nya RM15 sahaja. Murah kan :)
Get ready nak pulang ke Dungunnn T_T
Ehemmm, baju aku bau butik Padini lahh.
Wahahaha xD
Sebelum balik Dungun, singgah pergi kenduri dulu.
Opss, sorry lah sebab takda baju kurung. Tangkap muat
je wehh , HUKHUK
Tu diaaa, kami pakai t-shirt je. HUHU
Dah bosan sangat tunggu bas kan. Amekkk kau!
Jam dah pukul 3 petang, tapi bas tak muncul-muncul =='
Posing meta!
Last pose dengan Mak Na (tengah) sebelum Una and Mira naik bas.
Ehh, Una and Mira je?
Why not us? HAHAHA, aku burn kan tiket sebab sambung cuti :D

# Kan best kalau kat kamsis aku ada line wifi macam rumah Mak Na aku nie. Hari-hari boleh update belog kalau ada wifi. Nak harapkan broadband aku tu, entah bila nak bayar. T_T Okey aku stop dulu. Jari jemari dah letih nak menaip. Bubyeee (n_n) #


hey kamu comel, tekan lah like button ^_^ komen sekali ya !