Saturday, June 11, 2011

Opsss , DARA !

DARA ! yeah , entry aien kali ni agak HOT sikit lah , sebab ada kaitan dengan awok , awok , awok , awok yang comel lagi cun lagi cantik lagi gebu lagi cute lagi menarik tertarik kau memang DA BOMB ! ehh , untuk awok yang anak dara tu saja tau ,  bukan untuk abang lelaki , adik lelaki , ibu mummy , bapa daddy , makcik aunty , pakcik uncle , opah grandma , atok grandpa and semua yang tak tetttt , ops ops , hehe , :D , joke ! tapi apa apa pun , terbuka untuk semua lah ^^ jom teroka apa yang aien cuba nak sampaikan , hihi :)

actually kan aien nak share dengan korang yang anak dara nie tentang "petua anak dara" , yeahh , anak dara macam aien nie , hehe , ^^ , aien pun baru lagi tahu pasal petua ni , so , nak lah share dengan korang korang kan , ilmu yang elok adalah lebih baik jika kita berkongsi , betul tak ? betul kan ? betul kan ? baik cakap betul , *haha , paksaan yang minta penampar* aien dapat petua ni pun masa baca entry abg azfar kita ni , so , aien fikir nak share lah dengan korang semua :)

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk menawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. 

1.Bangkit Bersambut 
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kakai dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan.
*yang nie aien selalu buad , haha , *

2.Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah kesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
 *kalau yang air sembahyang tu memang menjadi amalan aien sejak dulu , hehe , tapi yang basuh muka masa bangun pagi tu , agak JARANG , haha* 

3.Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
*rasanya korang semua yang anak dara pun akan buat benda yang sama kot . winkwink , malu*

4.Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
*kalau sayur-sayuran tu memang lah aien ada amalkan , tapi yang ulaman tu , erkkk =='*

5.Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
*winkwink =='*

6.Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
.*grrr , makanan PEDAS itu lah penyelera aien , adoii*

7.Mengurut Pangkal Bunting Padi 
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan pretasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
 *huhu , no komen sebab tak reti*

8.Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.
 *kalau meniarap atas sofa atau katil macam mana pulak ? -.-*


haaa , amacam korang ? korang ada buat tak petua petua kat atas tu ? hehe , i'm sure that only 50% or less yang amalkan petua tu , kan kan kan ? hihi , its okey , from now , amalkan lah selalu ya ! :)

p/s : penjagaan dari sekarang untuk kehidupan akan datang , aww ^^

hey kamu comel, tekan lah like button ^_^ komen sekali ya !

No comments: