Saturday, February 4, 2012

Jom Mendaki :)





Holla holla :) Heyy peeps ! Buat apa tu? Haa, blogwalking ya? Oh, terima kasih sudi singgah blog cik ain nie ye. Wakaka. Eh, korang-2. Meh sini jap aku nak story. Hari ni kan, aku pergi daki bukit. Nak tahu bukit apa? Jeng jeng jeng xD haa, suspens lah tu. Haha. Aku hari nie pergi daki Bukit Bauk yang terletak beberapa kilometer dari kolej kediaman politeknik aku. Korang bayangkan, dah dua sem aku kat poli ni, baru pagi ni aku merasa daki bukit tu. Hoho. Bukan apa, last sem nak daki tapi tak kesampaian atas faktor MALAS. Diulangi, MALAS ye kawan kawan. So, malam tadi aku dengan kawan-2 plan baik punya lah nak daki bukit tu lepas subuh dalam pukul 7. Tapi biasa lah kan, janji melayu nie kadang-2 bukan betul sangat. Aku dengan arfa je yang bangun awal kul 6.30pagi. Yang lain tu, dah pukul 7 lebih baru nak bangun. Tu pun lepas dikejutkan. Huhu. Biase lah student kalau hari cuti, mesti bangun lewat kan. Haha xD *aku pun sama*

Okey, tepat jam 8.30 kami berada di kaki bukit bauk. Perghh, baru daki kaki bukit, tapi dah semput-2 dah aku dengan kawan-2 aku. Haha. Bila sampai kat tempat yang ada disediakan kerusi, kami pun rehat lah kejap. Masa tu, baru pukul 8.45 macam tuh, tapi kami dah mendaki lebih 3 kilometer agaknya. *agak-2 je*

Tengok lah gelagat kami masa rehat. Penat lah konon kan xD

Lepas dah minum-2 rehat-2 kami pun daki semula lah bukit tu. Sampai kat separuh puncak. Suasana kat situ memang best giler sebab berangin je. Rasa macam nak tidur and tinggal situ terus je. Tuu diaa bak hang punya lah best kan. Haha. Biase lah, pengalaman pertama daki bukit. Mahu semput aku dengan kawan-2. Time daki bukit yang curam, aku rasa macam kaki aku tak gerak walaupun aku dah habis upaya gerak kan kaki ni haa. Aish, baru bukit bauk. Belum lagi Gunung Kinabalu ke, Gunung Everest ke. Alamatnya, mati aku separuh jalan. Haha :D

Haa, tempat nie lah yang angin sepoi-2 tu. Perghh, best doe. 

Sebenarnya kami banyak jugak stop-2, pantang lah stop, mesti nak bergambar. Aish, bukan selalu nak daki bukit tu. Ye dop? Haa, sebab tu lah asyik gambar-2 je. Hehe. Tpai yang paling best masa nak turun tu lah. Kami ikut short cut. Pewitt pewitt. Teka macam mana kami boleh ikut short cut? Haa, kami terserempak dengan geng-2 poli jugak. So, alang-2 sekali je dengan diaorang semua. Diaorang dua lelaki, sorang perempuan. Yang lelaki2 tu ajak ikut short cut and and and kene redah hutan doe! Whoaaa, dah lah adventure daki bukit tu, then time balik redah hutan pulak. Memang pengalaman lah cakap kat korang. Dah macam pakej tahu! Daki bukit bauk + jungle tracking bukit bauk. Aumm, terbaik! Tapi lawak time redah hutan sebab aku banyak kali tergelincir. And this is my first time redah hutan taw! Aku mana pernah redah hutan. So, ikut je diaorang jalan. Sambil jalan tu, mata aku melilau je tengok bawah kot-2 ada pacat. Haha. Aku takut doe pacat naik kaki xD Alhamdulillah, takda apa2 binatang pun. Nyamuk pun takda. Fuhh, selamat! Hehe. Akhirnya, sampai jugak kami kat poli tepat jam 11 :) Yeah, satu pengalaman yang tak akan aku lupa untuk selamanya. Aku tak dapat bayangkan macam mana lepas 3 tahun nie. Mesti aku rindu :')

Santai sambil posing :) Then teruskan perjalanan macam biasa .

Beberapa meter lagi nak sampai puncak! Yeah. Sebenarnya dah sampai pun.
Ni kat kawasan lapang yang selalu orang-2 akan lepak kalau daki
bukit bauk nie haa :)

Santai ! Pic tengah kiri tu, tiba-2 je geng 'jom kabak bukit bauk' ajak kami bergambar.
 Tiba-2 diaorang datang kat kami masa kami tengah lepak tu and ambil gambar. Yeah, terbaik! 
Muka kepenatan semuanya. Haha. Sempat lagi posing tu.
Time nie, nak sampai puncak dah. Dalam 50meter lagi nak sampai. hehe

Jungle tracking masa nak balik! Seriously, syok! Haha xD

Bila dah berjaya sampai ke puncak, inilah hasilnya! Yabedabeduuu xD

Setiap kali stop je, mesti ada gambar. Setiap gambar, ada kenangan :)

Tu diaa, jenuh nak daki bukit dengan 'beban', ahakz!

Kami tujuh orang :)
Atas dari kiri : UnaNabilah. NoneyyYusof. Zurina Mohammed
Bawah dari kanan : NorHannan. NikSuzilawatie. AyienReen


Akan aku sematkan kenangan ni buat selamanya. The best ever experienced :) Aku sayang korang kawankawan <3 Okay, got to go. Need to sleep early ^^, Goodnight peeps. Salam.

#aku akan rindu saat ni weh ! :')


hey kamu comel, tekan lah like button ^_^ komen sekali ya !

No comments: